PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
MENGGUNAKAN WEB, VIDEO, AUDIO, DAN IMEJ
Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dll.
Yahoo
dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. Kesemua pembekal
maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan
yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk
melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu
menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon
internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan
secara semula jadi.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.
Untuk
mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di
dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet.
Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari.
Setelah
mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video
tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini
boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus :
Taipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari.
Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut.
Anda
akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” +
“masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
Anda
boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti
“resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan
penyenaraian anda.
Setelah
anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan
yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam
sesuatu pengajaran.
Pastikan
anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk
memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah
dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran
Seminggu.
Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.
MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET.
Untuk
menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu
mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah
yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak.
Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
Buka
fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan.
Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam
fail Word.
Setelah
itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga
anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan
beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
Penglihatan Dan Keselamatan Jalan Raya –
Pantun Melayu –
Untuk
mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di
atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam
contoh di bawah.
Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh yang berikutnya.
Tajuk
|
URL http://www.karyanet.com.my/bahasa/
| ||
URL
|
| ||
Sinopsis
|
|
Katalog
alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana
katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
Dengan
menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi
kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
| |
URL
| |
Sinopsis
|
No comments:
Post a Comment