P&P BAHASA MELAYU SECARA BILIK DARJAH MAYA
Pengenalan
Pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu
P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada
murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang
dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu
berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam
pengajaran Kemahiran Bahasa.Memasukkan unsur video di dalam sesebuah
persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi
menyampaikan maklumat. Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh
digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:
i. Secara terus dengan menggunakan video digital
ii. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
iii. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai.
Bentuk video
Analog
Video
analog bukannya seuatu bentuk data yang dikenli oleh komputer – ianya
merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu turutan
kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara
kadar yang tetap iaiut kadar kerangka pada pita rakaman video (pita
bermagnet)
Digital
Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin dimampatkan
Audio
Audiomerupakan
bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem omputer mengeluarkan
muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi
untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui
penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Membantu
meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga
menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap
apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu
proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan
tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
Kita
perlu membuat penilaian/keputusan yang tepat tentang bahan audiovisual
yang boleh dan tidak boleh dipilih untuk dikumpul atau disimpan. Asas
pemilihan bahan audiovisual perlulah memenuhi kriteria berikut:
i. Kandungan maklumat
• Bahan atau maklumat yang berkualiti yang ingin disampaikan
ii. Carrier/kandungan
•
mengasingkan carrier, iaitu bahan fizikal (fizikal filem, cakera atau
pita) dari karya (work), kandungan (content) atau rakaman (bunyi
dan/atau imej yang dimasukkan secara bersama di dalamnya) bagi
memastikan kelangsungan hayat kandungannya dan kehilangan maklumat yang
paling minimum.
iii. Nilai estetika kandungannya
• Harus ada nilai estetikanya untuk nilai audiovisual dan boleh menarik minat pengguna
iv. Kualiti
• Kualiti imej dan/atau bunyi perlulah dijaga sebaik mungkin.
v. Kelangsungan hayat
• Bahan yang dibina mampu bertahan lama da n mudah dipelihara agar dapat diakses dalam jangka masa panjang.
vi. Pendokumentasian
•
Pendokumentasian secara terperinci perlu dilakukan terhadap proses
perolehan, penyimpanan, pemeliharaan dan pengaksesan bahan audiovisual.
Prinsip pembinaan video pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Pendedahan
kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis
media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam
multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu
interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi
menerusi penggunaan multimedia.
I.penggunaan elemen teks
II.penggunaan elemen grafik dan visual
III.penggunaan elemen audio
IV.penggunaan elemen video
V.Penggunaan elemen animasi
Penggunaan elemen teks
Dalam
menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen
media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini
bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
• Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
• Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
• Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
• Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
• Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik
merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak
bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi dan
sebagainya. Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi
penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
i. Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran.
ii. Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama.
iii. Pilih kategori grafik yang sesuai dengan keperluan tugas.
iv. Pilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan aplikasi.
v. Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem berkeupayaan rendah.
Menggunakan perisian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar, bertutur dan membaca
Perisian Audio
• Untuk rakaman suara mahupun penghasilan elemen audio seperti muzik, kesan khas dan lain-lain.
• Rakaman audio yang asas - perisian Sound Recorder (sedia ada dalam Microsoft Windows)
• Menyediakan kemudahan - merakam audio dan beberapa kesan khas juga boleh ditambahkan kepadanya.
SUMBER :
No comments:
Post a Comment